Followers

Monday, December 2, 2013

Aktiviti di RPP: Mengenali Herba Warisan Tuk Nenek Kita

 
    Bersambung lagi...
    Kali ni aku nak cerita tentang perjalanan kami berempat ke Taman Herba. Kami jalan kaki je memandangkan Taman Herba tu terletak sebelah saja dengan pulau tempat kami menginap tu. Ok apa... Jalan-jalan sambil tengok kehijauan. Sangat seronok bila sesekali kita lari dari rutin kebiasaan. Kat sini memang aku manfaatkan setiap masa untuk rehatkan diri. Lagipun kat tempat ni memang kurang coverage untuk pengguna selain line Celcom. Baguslah! Tak de siapa yang boleh ganggu kami bercuti. Tapi sakit jugaklah bagi blogger... Hehe!

   Sambung balik citer aku tadi, kami seronok jalan-jalan kat pulau tu. Lagi pun seronok gurau-gurau dengan kera dalam hutan tu. Abah aku acah-acah kayu kat dia.. Dia pulak pi gegar pokok bagi ranting mati jatuh. Kalau bawak makanan ke sini, jangan biasakan bagi kera-kera ni makanan kita. Nanti diorang naik tocang pulak. Tu pesanan pekerja kat RPP la.

Pemandangan dari jambatan kayu.
Perlu menapak ke Taman Herba. Masa ni boleh bergurau senda dengan kera-kera
yang bergayut di pohonan pokok.
    Dalam 500 meter dari jambatan kayu kami jumpa spot Taman Herba ni, tapi tak de sapa yang tunggu kat situ. Dapur berasap, air akar kayu pun dah siap ade dalam jag-jag atas meja tu. Apalagi... Memasing cubalah merasa kesedapan air akar kayu tu. Erk!! Bagi aku memang tak berapa best dan kelat-kelat pahit rasanya. Tapi abah aku selambe je minum. Hubby dengan adik aku tak cuba langsung. Abah aku lepas minum tu merayau la membaca segala info kat setiap pokok herba yang ditanam kat kawasan belakang pondok tu. Aku duduk je kat pondok tu hilangkan lelah sampai la datang satu kumpulan dengan tour guide diorang baru aku ajak adik aku gerak ke tempat lain. Paling kelakar masa tu, diorang ramai-ramai tu tanya kat hubby pasal tempat tu. Diorang ingatkan hubby aku staff situ. Hahaha! Kami gelak tak ingat dunia sebab hubby aku memang nampak macam staff situ dengan vest dia tu. Berapa kali dah orang salah faham dan ingatkan dia memang kerja situ semata-mata sebab dia pakai vest tu. Pak cik tour guide tu pulak sengih jer...

Pondok memasak akar kayu.
Air akar kayu yang tersedia untuk diminum. Dah guna cawan tu sila rajin-rajinkan diri basuh di sinki yang disediakan sebelum letak semula di tempat asal.
Adik sedang turunkan segala komen kat buku pelawat

Dapur kayu macam ni memang rare... Dulu rumah wan aku ade sebijik, sekarang dah pakai dapur gas.
Hubby kat mana-mana pun sibuk dengan research dia. Jurnal 24/7 kat tangan masa cuti ni.
Rasanya dia lagi kerap pegang jurnal tu dari tangan aku ni... Huh!
      Masa ramai-ramai serbu pondok tu aku ajak adik pi tengok-tengok tempat lain sekitar situ. Lepas tu memikirkan tak de ape sangat, aku ajak adik pi lepak kat satu gazebo tepi tangga naik ke Taman Herba mengadap jeti bot. Bestnya duduk kat situ...

Adik beradik... Aku anak sulong dan adik anak bongsu! 

Cuaca panas sikit masa ni. Alhamdulillah sepanjang 2 malam kat sini tak hujan langsung,
padahal mak cik rumah bot kat Pengkalan Gawi kata malam sebelum tu asyik ribut jer.
       Macam nak terlelap aku menunggu abah dengan hubby. Dalam setengah jam juga la duduk-duduk kat situ, baru abah dan hubby datang ajak kami beredar balik ke banglo. Tempuh perjalanan yang sama seperti datang tadi. Sampai kat jambatan kayu duduk lagi lepak-lepak sambil snap selfie. Lepas tu abah ajak balik sebab risau memikirkan mak tinggal sorang je kat banglo tu.

       Sampai kat banglo, tak dapat nak masuk. Kami tak bawa kunci dan mak pula tak buka pintu. Risau ni.. Dah dekat 15 minit ketuk tapi mak tak buka pintu. Nak kata mak gi jalan-jalan, tak mungkin sebab lutut mak sakit. Try ketuk lagi, senyap jer... Ketuk lagi. Nak masuk ikut beranda, tinggi. Takkan nak panjat kut? Senyap juga. Apa dah jadi kat mak dalam banglo?




>bersambung....

No comments: