Followers

Tuesday, December 3, 2013

Aktiviti di RPP: Jom Kayak Sampai Lebam !!

      Bersambung lagi....
      Kami mengetuk pintu dalam 5 minit juga tanpa respon dari mak. Dah letih mengetuk dan memanggil-manggil di luar pintu, terfikir nak suruh hubby panjat beranda. Risau weh!! Apa hal pula jadi dengan mak kat dalam tu. Entah jatuh atau entahkan pengsan ke... Mula la macam-macam benda buruk terlintas dalam kepala aku ni. 

     Hubby yang sudah membasuh kaki mula nak memanjat tangga tak jadi sebab aku minta ke beranda depan. Samada jerit memanggil mak atau panjat naik ke beranda untuk masuk seterusnya tolong bukakan pintu untuk kami. Elok hubby nak gerak, terdengar bunyi dari dalam. Tak lama terjengul muka mak di muka pintu dengan muka gaya baru bangun tidur. Mak boleh terlelap tak dengar kami dok jerit kat luar rumah macam hape jer dah.. Nasib baik la kedudukan banglo jauh sikit, tak la mengganggu percutian orang lain.

     Hari tu lepas makan tengahari, kami rehat-rehat depan tv jer. Rugi pulak tak bawa indoor games atau reket badminton. Kalau tak boleh juga main untuk habiskan masa. Nasib baik juga ada astro. Layan la jugak. 

     Lepas asar, aku ajak hubby turun ke jeti. Hajat hati nak lepak-lepak tengok sangkar ikan. Masa ni adik, aku dan hubby je yang turun. Abah katanya lewat sikit baru nak turun. Kali ni kami bawa kunci rumah, standby mana tahu mak tertidur lagi ke... hehe!

      Kat jeti hubby ajak main kayak. Orang pun tak de sangat. Aku just tengok-tengok je kat jeti tu. Mula-mula takut... Tapi fikir positif kalau tak try masa ni bila lagi nak try. Lagi pun harganya berbaloi. RM5 sejam untuk seorang. Akhirnya...

Mula-mula nak biasakan diri, harus main dekat-dekat jeti jer...
     Aku risau kayak tu terbalik, sebab tu aku tak nak main asalnya. Tapi sebab hubby cabar, jadi aku sahut juga. Akhirnya rasa best sampai tak mahu naik!!




      Adik pun first time berkayak... Not bad! Berani ikut hubby aku gi jauh-jauh. Ada sekali nyaris terbalik. Nasib baik adik cool dan kayak tu dapat diseimbangkan. Alhamdulillah... Tak de perkara buruk yang terjadi. Kami main sampai tangan aku lenguh. Rupanya hubby terbagi pendayung yang berat. Patutlah diorang laju je mengayuh, rupanya pendayung diorang ringan. Aku ni terkial-kial kat belakang. Dah 45 minit main baru hubby tukarkan pendayung yang lebih ringan. Tapi hikmahnya, bahu aku yang lenguh dek salah tidur malam tadi secara automatiknya terus baik. Hilang terus lenguh bahu tu. Alhamdulillah...  ^_^!
Adik dan 'abg long' dia dah dekat nak sama besar.  
    Dalam jam 6 lebih kami naik. Jumpa abah yang baru nak turun. Sayang betul abah turun lewat, kalau tak boleh main kayak dengan kami. Hari ni malam terakhir kami, esok dah nak check out. Tapi malam ni rupanya ramai antara kami yang rasa semacam....



Bersambung...


No comments: