Followers

Friday, November 29, 2013

Aktiviti di RPP: Bermesra Dengan Alam

        Aktiviti kami bermula pada pagi hari kedua. Tu pun dah dekat jam 10 pagi baru masing-masing nak bergerak. Sarapan kami pagi tu adalah mee hoon goreng dengan sosej. Mak bancuh nescafe 3in1. Oh, kami kat RPP ni memang mengulang nescafe 3in1 je disebabkan aku terlupa bawa uncang kopi dan teh.Tapi gula boleh pula aku bawa sekilo. Hahaha!!

       Perjalanan pagi ni cuma aku, hubby, abah dan adik je. Mak tak dapat nak ikut sebab lututnya sakit memanjat anak tangga dari jeti ke banglo semlam. Kiranya mak aku duduk kat banglo je sepanjang kami kat sana. Suasana pagi memang segar, lagi-lagi banyak tumbuhan. Memang udara yang kami sedut sangat segar. Syok betul dapat release tension macam ni. Kami bergerak secara bebas mengikut laluan atau trek yang disediakan. Pulau tu tak besar sangat, boleh je habis dalam sehari. Lagipun, inshaaAllah kalau ikut trek dan jaga tingkah laku tak kan terjadi perkara yang tak elok. 

Cantik betul cendawan pada batang pokok ni. 
        Aku nak nasihat sikit, dalam hutan memang kita akan jumpa macam-macam tumbuhan yang kita tak pernah jumpa. Tapi janganlah pula tangan tu gatal sangat nak memusnahkannya. Tengok je sudah... Kita tak tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk tumbuhan tersebut membentuk menjadi seperti yang kita lihat tu. Ada sesetengahnya boleh tumbuh dalam jangka masa pendek, tak kurang juga yang memerlukan jangka masa yang panjang sehingga berpuluh tahun. Jadi sayangilah khazanah hutan kita agar generasi selepas kita juga dapat menikmatinya.

Merak ni memang antara mergastua yang tercantik di RPP.  Selain merak, terdapat juga burung baji. Malangnya burung baji hanya tinggal cuma 6 ekor tak silap, kerana banyak yang mati di makan binatang oink oink! Faham-faham saja la.
      Sangkar merak ni terdapat di laluan dari rumah penyelia ke kuarters pekerja (tengok semula peta RPP di entri sebelum ini). Di kawasan ni juga ada perangkap kera yang digunakan untuk memerangkap kera-kera liar yang nakal sangat di kawasan RPP ni. Gambar perangkap kera aku lupa pula nak snap. Nanti kalau korang berkesempatan pergi sana boleh tengok dengan mata sendiri. Kami terus susuri trek yang ada sehingga ke penghujung tapi tak melalui trek ke kuarters pekerja.

Abah tengah bersemangat sangat time ni.


Ni antara pemandangan yang kami lihat di hujung trek. Sunyi... 
      Kat hujung trek ni sebenarnya tempat membuang segala sampah sarap yang terhasil dari kedatangan pengunjung RPP. Kaedah menanam sampah mungkin merupakan kaedah paling sesuai untuk mengekalkan keindahan di pulau ini. Jadi kalau korang datang bercuti ke sini disarankan bawa barang-barang makan dalam tupperware atau media yang mudah lupus je. Tak delah nanti pulau ni jadi pulau sampah. Sayang keindahan pulau ni kalau korang sendiri tak jaga. Tak percaya tengok gambar bawah ni...

Hah! Nampak tak? So kalau nak kekal cantik, sila jaga bersama.
     Kami teruskan perjalanan menuju ke Taman Herba. Perlu melalui jambatan kayu untuk ke Taman Herba kerana letaknya di pulau yang lain. Tapi jangan bimbang, jambatan ni kukuh. 

Pemandangan yang dapat ilihat dari atas jambatan kayu. Di hujung tu jeti bot masa kami sampai ke pulau ni.
Ambil gambar banyak-banyak kat atas jambatan kayu ni. Mana tahu akan datang jambatan ni dah tak de lagi.

Ini pula pemandangan di atas jambatan juga, tapi di sebelah satu lagi. Memang tenang rehat-rehat di sini. Kalau ada rumah bot lalu, mereka akan lalu di belakang pulau tu kerana airnya lebih dalam. 

Bahagian ni nampak tenang, tapi kedalaman air tak dapat dipastikan samada dalam atau cetek. 

      Selepas melalui jambatan ni, berjalanlah arah ke kanan. Lebih dekat untuk ke Taman Herba. Jika nak ikut laluan kiri pun boleh, tapi memusing pulau baru sampai ke Taman Herba tu. Kedudukan Taman Herba tu lebih kurang setentang dengan jeti bot je. Jadi rasanya boleh agak la berapa jauh nak memusing untuk ke Taman Herba jika melalui laluan sebelah kiri tu kan?




.bersambung lagi nanti...

No comments: