Rumah peranginan persekutuan ni letaknya di salah sebuah pulau yang ada di Tasik Kenyir iaitu Pulau Sah Besar. Jarak dari Pengkalan Gawi ke pulau ni ada la dalam 8km dan hanya boleh menggunakan pengangkutan air seperti bot laju. Nama pun pulau,kan?
Hubby tempah banglo 3 bilik ni dah lama, dari bulan April lagi. Asalnya ramai yang nak setuju nak join trip. Tapi memandangkan hal-hal teknikal yang timbul di minggu terakhir sebelum pergi, kami terpaksa tukar kesemua plan asal. Alhamdulillah mak dan abah memang memahami dan tak de hal lain masa trip ni. Kalau tak, memang makin stress hubby mengendalikan trip ni.
Tiba di jeti Pulau Sah Besar, kami terus check in di kaunter atas jeti tu. Rupanya penginapan di pulau ni dibina khas untuk penjawat awam. Tak campur dengan orang luar. Dah check in tu kami pun angkut la beg masing-masing memanjat tangga yang boleh tahan tinggi juga la. Mengah juga memandangkan kesemua rumah peranginan berada di atas bukit. Kami dapat banglo Penaga, yang berada di tengah-tengah dan paling dekat dengan tangga. Sebelah tangga je pun... Alhamdulillah... Kalau tak, kesian kat mak tak larat nak memanjat. Banglo ni paling privasi di antara banglo-banglo lain berikutan kedudukannya dengan banglo lain agak jauh.
|
credit: google image |
Paling aku suka dengan rekaan banglo ni adalah kedudukan berandanya yang memang sangat bertepatan dengan konsep privasi. Setiap beranda mengadap ke tasik dan mempunyai pandangan yang menarik.
|
Inilah fav port hubby bersama jurnalnya. |
|
Pandangan dari beranda banglo kami.
Mengadap tasik dan jeti bot pintu masuk ke Pulau Sah Besar. |
Banglo Penaga ni bagi aku memang dah besar sangat bagi kami sekeluarga. Mungkin boleh diinap oleh 10-12 orang jika pihak RPP tak kisah dan sediakan tilam extra.
|
Pandangan dari ruang tamu |
|
Pandangan dari dapur |
|
Dapur banglo ni memang lengkap dengan segala perkakasan memasak. |
|
Laluan ke banglo-banglo lain dari tingkap dapur |
|
Pandangan ruang tamu yang luas dari beranda. Ada Astro juga, tapi yang basic je la. |
|
Gazebo ini antara kemudahan yang ada bagi penginapan keluarga besar. |
Kawasan ada gazebo besar ni lebih kurang kawasan titik tumpu la. Sebab berdepan dengan gazebo ni ada playground untuk anak-anak bermain dengan selamat. Laluan di antara banglo ke banglo memang ada laluan batu, tapi di sesetengah tempat tu jalannya agak berlumut dan licin kerana dinaungi pokok dan terlindung dari matahari. Jadi, seeloknya pakailah kasut yang bersesuaian agar dapat mengelakan sebarang kecelakaan. Kami berjalan sampai di kawasan ni saja, tak pergi pun sampai ke kawasan dewan tu. Agak jauh jugak dan laluannya pun agak curam.
|
Pemandangan dari beranda banglo Kedondong |
Dari kawasan gazebo besar ni kami menyusur ke bahagian beranda banglo-banglo yang lain. Terdapat shelter rusa kelabu di tepi beranda banglo Kedondong. Namun rusanya tak berapa nak jinak. Waktu kami mendekati shelter tersebut, rusa-rusa berlari ke bahagian hujung shelter. Jika kami berada di beranda banglo Kedondong, pasti dapat melihat rusa tersebut dengan jelas.
|
Rusa kelabu yang terdapat di bahgian tepi beranda banglo Kedongdong. |
|
Pemandangan dari beranda banglo Kandis. |
Setelah puas menikmati pemandangan alam di kawasan tersebut, kami teruskan semula perjalanan ke Taman Herba. Banyak lagi perkara menarik yang kami dapat lihat sepanjang perjalanan itu.
>bersambung lagi dengan cerita aktiviti kami sepanjang berada di RPP Kenyir...
3 comments:
time p nie, musim ujan tak..ujung2 tahun kan belah pantai timur ujan sokmo..family huda plan nk p time new year nie
salam huda, time pergi ni alhamdulillah tak hujan. tp masa balik kt dungun dah, mmg hujan mencurah2. macam nak runtuh langit.hehe
Nak kesana guna jeti mana? Kalau dah booking tiket skli ngn bunglo cmne nk redeem kat jeti nanti? Dan waktu operasi jeti start pukul brapa
Post a Comment