Followers

Thursday, January 16, 2014

Negeri Sembilan : Jom Menjejak Asal-Usul Minangkabau !!

    Awal tahun ni sibuk sangat sampai tak sempat nak jenguk blog ni. Blog lama pun sama terabai. Curi-curi masa jugak, tapi kekadang tu tinggal sebagai draft je sebab tak sempat nak upload gambar.

    So sebagai pembuka cerita kali ni, aku hadapkan korang dengan trip pendek aku dan hubby, menjejak sejarah ke Negeri Sembilan. Kenapa Negeri Sembilan? Haa.. sebabnya cuti Tahun Baru ni sehari je. So pergi jelajah negeri yang berdekatan je.

     Kami plan nak melawat dua istana, satu di Kuala Pilah dan satu lagi di Rembau. Meneroka sejarah ni adalah sesuatu yang jarang aku buat sebenarnya sebab aku tak sukakan sejarah. Tapi tahun ni aku nak cabar diri aku untuk buat sesuatu yang di luar kebiasaan. Aku akan cuba pandang dan nilaikan sejarah ni dari sudut pandangan berbeza supaya aku temui sesuatu yang bermanfaat buat diriku. So... inilah trip kami.

1.1.2014 -Aku plan sendiri trip ni masa kat pejabat. Kami memang tak pernah pergi mana-mana tempat di negeri sembilan selain Port Dickson. So GPS adalah sangat membantu trip ni walaupun kadang-kadang signalnya kurang jelas.

       Kami gerak dari rumah jam 8 pagi. Singgah makan kat RnR Dengkil jap sebelum teruskan perjalanan dan tiba di tol senawang jam 10pagi. Dari situ kami menuju ke arah Kuala Pilah untuk ke Istana Seri Menanti. 

    Dalam perjalanan ke Kuala Pilah kami lalu di Hutan Lipur Rekreasi Ulu Bendul. Singgah sekejap je tumpang tandas. Tak de masuk jenguk ke dalam pun sebab nak kejar masa. Aku plan kami akan melawat Istana Seri Menanti dan Istana Replika Diraja Melewar hari tu dan kalau masih ada masa, aku nak singgah tengok orang buat hiasan kaca kat Rembau Glass Craft. Gerak ke depan sikit tak jauh dari tempat rekreasi tu aku nampak signboard jualan daging salai. So aku hint minta hubby slowkan kereta sebab aku nak turun beli apa yang patut.


     Lepas beli sedikit daging salai, kami teruskan perjalanan semula. Jauh juga nak menyampai ke tempat yang dituju tu. Akhirnya sampai juga setelah lebih kurang setengah jam ke 45 minit melalui kampung-kampung. Toleh kanan nampak pintu gerbang ni... 

negeri sembilan
Gerbang megah yang menyambut kedatangan kami ke Istana Seri Menanti
    Teruskan lagi perjalanan ikut arahan GPS sehinggalah sampai ke parking tepi istana. Perkara pertama yang singgah dalam kotak fikiran ketika melihat rekabentuk istana ni adalah kekaguman denga senibinanya. Corak bumbung serta lekok-lekok rumahnya. Apa tunggu lagi, kami mengorak langkah masuk ke dalam istana untuk menghayati sejarah serta mengenali susur galur keturunan raja yang memgang takhta pemerintahan Negeri Sembilan. Keunikan bahasanya juga merupakan salah satu perkara yang unik. Kami tak dibenarkan mengambil gambar semasa berada di dalam istana. Adalah sebab musababnya tu kenapa adanya pantang sebegitu. Jadi kami turutkan tanpa bantahan sebagai menghormati mereka. So, memang korang kena pergi sendiri la kalau nak merasa dan melihat apa yang ada di istana ni. Kami ambil gambar luar istana je. Memang besar sungguh istana ni, banyak bilik dan kelok-keloknya.

"Binaan istana ini mengikut ciri-ciri binaan Minangkabau. Istana ini diperbuat daripada kayu sepenuhnya dan tidak menggunakan sebarang paku. Tingkat pertama mempunyai 4 bilik dan beranda sepanjang 160 kaki. Manakala tingkat kedua mengadungi 3 bilik yang didiami oleh kerabat Yang DiPertuan. Tingkat ketiga dan keempat mempunyai 1 bilik. Bilik Yang Dipertuan Besar terletak di tingkat ketiga manakala tingkat keempat menyimpan khazanah raja. Istana ini juga mempunyai 99 tiang setinggi 19.9 kaki dengan 4 tiang tengahnya setinggi 170 kaki " -petikan dari blog ekstasi.
Gambar istana dari sisi saja yang sempat aku snap. Ni pun masa mula-mula
menapak dari parking lot. Cuaca sangat panas dan tak kuasa nak berjemur menambahkan kehitaman kulit.

Tempat raja beristirehat kalau tak silap. 

Ini pula replika batu  bertikam dan batu kasur. Batu kasur ini adalah tempat
di mana anak raja diuji sebelum ditabalkan menjadi raja. 
    Gambar tak banyak sangat memandangkan hari sangat panas dan larangan mengambil gambar di dalam istana. Jika korang nak dapatkan gambar-gamabr dalam istana boleh jer beli kat kedai cenderahati kat bawah istana ni. Tapi harganya faham-faham je lah... 

* Mungkin kisah yang dimomokan oleh penjaga istana tentang 'sesuatu' yang ikut kita pulang jika mengambil gambar di situ ada betulnya dan pernah terjadi. Tapi mungkin juga ianya sebagai taktik jualan di kedai cenderahati... 

No comments: