Followers

Friday, January 24, 2014

Jom Singgah De Teratai Beach Resort !


       Cuti Tahun Baru Cina ni ke mana kamu semua nak pergi? Cuti panjang haruslah berjalan-jalan, kan? Kalau tak pasti lagi nak ke mana, mari sini dekat sikit nak bagitau satu tempat ni. Tak tahulah femes ke tidak tempat ni, tapi nak kongsi kat sini yang chalet sini memang aku cadangkan pada korang yang nak release tension.

     Kalau korang pernah berkunjung ke Pusat Santuary Penyu kat Rantau Abang korang boleh masuk dalam sikit arah ke pantai. Tak jauh pun... So boleh jumpa chalet De Teratai Beach Resort ni. Kami hari tu singgah kononnya nak tengok pantai la sekejap sebelum balik KL, lastly terus lekat semalam kat situ. RM 60 - RM 120 harga chalet bergantung kepada kemudahan yang disediakan. Memang best duduk kat sini walau semalaman cuma.

    Pantainya bersih dan agak privacy sikit sesuai sangat kalau anak-anak dara yang pemalu nak bermandi- manda. Alunan ombak yang tak jemu memukul pantai pulak macam satu irama yang memecahkan kesunyian malam di situ. Dari segi kebersihan, chalet ni memang tip top sebab pekerjanya memang rajin. Aku peratikan, pagi-pagi lagi budak tu dah pegang penyapu menyapu halaman setiap chalet supaya nampak kemas. Mak aku siap interview lagi asal-usul budak tu. Khabarnya chalet tu kepunyaan cikgunya. Dia asal dari Johor dan bekerja sambilan sementara cuti sekolah untuk mendapatkan sedikit wang belanja persekolahan. Bila cuti sekolah, dia ikut cikgunya dan bekerja menjaga chalet ni. Memang rajin sungguh dan dari gaya cakapnya memang nampak dia budak yang matang. Macam biasa, bila ada cerita tauladan camtu, adik aku si Kamil terpaksa la menadah telinga dengan segala kata2 nasihat dari mak aku. Berasap je aku tengok adik aku tu. Hehehe!

Just 4 of us.. Abah aku macam biasa bila sampai kat memana mesti beramah tamah dengan orang sekeliling.
Dalam kes ni abah aku sibuk berborak dengan tuan punya chalet.
     

Barisan pokok rhu dan kelapa yang meneduhkan kawasan pantai ni. Hujung sana ada juga chalet lain.
Ada jaring juga jika nak main bola tampar pantai.
Ada chalet disediakan bagi tujuan bersantai-santai. Tapi sila buka kasut dan
kemas semula tempat ni seperti asal bila dah guna.

Mak aku feeling duduk sini. Kalau ikutkan hati, tak nak balik katanya!


Adik aku yang semakin membesar, lebih tegap dari abang-abang dia hasil main ragbi.
 Tahun ni menduduki SPM, diharapkan mendapat kejayaan yang cemerlang.


Korang tengok pantai dia.. Bersihkan? Nak mandi pun tak yah pikir dua tiga kali.
Terjun jer.. cuma hati-hati dengan air pasang, pesan budak penjaga chalet tu.




Kerang- kerangan yang terdampar di sepanjang pantai. 

    Korang boleh cuba tidur semalaman di sini. Pasti hati terlekat terus. Ketenangan chalet ni dengan deruan ombak serta tiupan angin sepoi-sepoi boleh buat korang dilamun cinta pada tempat ni. Oh! Lupa nak cakap kat korang, kalau tidur di sini... Ambil chalet yang ade cermin besar. Mesti puas korang tengok sunrise walaupun dari atas katil je. Cubalah! 

No comments: