Followers

Tuesday, February 25, 2014

Tahun Melawat Malaysia 2014- Penang Trip: Mana nak stay?

        Lamanya tergendala nak menulis di blog ni. Maafkanlah diri ini yang tersangatlah sibuk dengan tugasan yang tak putus-putus. Cuti sekolah bulan Mac ni dah nak bermula. Entry tentang cuti Tahun Baru Cina pun tak habis tulis lagi. Kalah menteri,kan?

      Mana nak mula dulu ye? Aku ni inilah masalahnya, banyak benda yang lupa kalau tak dicatat di mana- mana. Ok. Aku mula di penginapan dulu ye. Kami stay di bandar Georgetown di Hotel Grand Inn. Hotel ni bersih dan berada di tengah2 pusat bandar. Lokasi memang strategik untuk misi- misi mencari makan atau cenderamata sebab letaknya di Jalan Penang dan berdekatan dengan Nasi Kandar Line Clear serta Pasar Chowrasta. 

       Jika korang berhajat nak ke satu-satu kawasan dengan bas pun senang sebab memang bas lalu depan hotel jer. Pendek kata hotel ni memang berada di tengah-tengah dan di laluan utama pengangkutan awam. Cumanya jika datang ke sini dengan kenderaan sendiri, korang kena sediakan bajet untuk parking lebih sikit. Hotel ni cuma sediakan 10 lot parking sahaja. Itu pun base on first come, first serve. Parking rate kat sana mahal laa... RM4 sejam dan ada sesetengah tempat tiada had maksimum. So kalau semalaman tu faham-faham saja la harganya kan... Kalau nak jimat park kat petak parking majlis perbandaran. Boleh beli kupon majlis yang harganya kurang dari seringgit sejam. Di sana tak boleh main-main dengan saman parking kerana dengarnya saman di sana berharga RM300. Tak pastilah pulak benar atau tidak info ni. Orang-orang pulau sila betulkan jika info saya ni salah, ye. 

      Hotel ni baru lagi dan ianya dalam kategori hotel bajet. Sesuai sangat la kalau backpackers atau pasangan tinggal semalam dua. Lagipun nak tidur saja, tak perlu hotel mahal-mahal sangat. Lainlah kalau datang untuk honeymoon, mestilah kena pilih hotel yang ada fasilities dan pakej untuk honeymoon. Bagi kami... janji tak tidur bawah jambatan dah kira bersyukur sangat.




    Layanan staff di sini ok. Kalau tak ramai orang, korang boleh dapat layanan yang bagus. Tapi kalau ramai sendiri faham lJ. Biasa la tu...kan? Kat tepi lobi hotel ni ada jugak cafe kalau-kalau lapar dan tak mahu jalan jauh, tapi status halalnya diragui. Makanan ada di mana- mana, memang tak perlu risau sebab kat Pulau Pinang ni memang syurga makanan. Mana-mana ada orang berniaga makanan. Janji halal jer memang kami akan cuba. So siapa-siapa yang berhajat nak ke Pulau Pinang tapi tak tahu nak stay mana, boleh la cuba hotel ni.

Wednesday, January 29, 2014

Nikmati Alam di Japanese Garden

    Jom pi Jepun!!
    Terkejut hubby bila aku ajak pi Jepun. Diingatkan nak pi Jepun betul-betul, rupanya aku melawak ajak ke Japanese Garden jer. Hahaha... Cuaca sejuk macam sekarang ni memang sesuai sangatlah kan? Boleh feeling lelebih. Kesejukan adalah ketara sangat dan aku pula lupa nak sarung sweater atau cardigan. Tapi aktiviti berjalan kaki di sekeliling taman ni membuatkan aku berpeluh jugak. So ianya agak bagus dan aku fikir sangat sihat untuk dijadikan amalan. Nak masuk sini macam biasa la ada bayarannya. RM16 untuk seorang dewasa. So dah masuk tu boleh cari parking dulu dan park kereta dengan selamat.

     Kali ni kami mulakan dengan Taman Jepun dulu. Tunggu shutter bus dia kat sini...



  Sambil-sambil tunggu bas boleh baca info tentang tempat ni. Nampaknya dah ada aktiviti baru kat sini. Dulu masa aku datang tak de lagi Adventure Park ni. Tapi harga mak oii! Rasanya berbaloi lagi kalau pergi Skytrex kat Shah Alam kut... 

Nampak tangga kat belakang tu? Hah! Nak pi Japanese Garden kena panjat
tangga tu dulu then menapak lagi lebih kurang 300 - 500 meter baru sampai. 



Tengok kabus kat belakang. Berbaloi-baloi, kan?
    Kat Japanese Garden ni yang seronoknya sebab lanskapnya cantik! Kalau datang waktu tak ramai orang lagi best. Kalau terlalu padat sangat pun tak best, tak dapat nak menghayati suasana dengan tenang. Lanskap di sini semuanya natural... 








        Puas jalan-jalan di taman ni kami turun pula ke kota Perancis, Tropical Colmar. Menonton persembahan dan singgah makan di gerai-gerai di sepanjang laluan. Menikmati dua suasana yang berbeza dan belajar mensyukuri nikmat dari Allah S.W.T.



Saturday, January 25, 2014

Subhanallah!! Indahnya Ciptaan Allah...

Nak tengok sunrise?

Hah! Layankan....














Cantik sangat, kan??? So... agak-agak bila nak datang merasa sendiri simbahan cahaya mentari pagi di sini? 

Friday, January 24, 2014

Jom Singgah De Teratai Beach Resort !


       Cuti Tahun Baru Cina ni ke mana kamu semua nak pergi? Cuti panjang haruslah berjalan-jalan, kan? Kalau tak pasti lagi nak ke mana, mari sini dekat sikit nak bagitau satu tempat ni. Tak tahulah femes ke tidak tempat ni, tapi nak kongsi kat sini yang chalet sini memang aku cadangkan pada korang yang nak release tension.

     Kalau korang pernah berkunjung ke Pusat Santuary Penyu kat Rantau Abang korang boleh masuk dalam sikit arah ke pantai. Tak jauh pun... So boleh jumpa chalet De Teratai Beach Resort ni. Kami hari tu singgah kononnya nak tengok pantai la sekejap sebelum balik KL, lastly terus lekat semalam kat situ. RM 60 - RM 120 harga chalet bergantung kepada kemudahan yang disediakan. Memang best duduk kat sini walau semalaman cuma.

    Pantainya bersih dan agak privacy sikit sesuai sangat kalau anak-anak dara yang pemalu nak bermandi- manda. Alunan ombak yang tak jemu memukul pantai pulak macam satu irama yang memecahkan kesunyian malam di situ. Dari segi kebersihan, chalet ni memang tip top sebab pekerjanya memang rajin. Aku peratikan, pagi-pagi lagi budak tu dah pegang penyapu menyapu halaman setiap chalet supaya nampak kemas. Mak aku siap interview lagi asal-usul budak tu. Khabarnya chalet tu kepunyaan cikgunya. Dia asal dari Johor dan bekerja sambilan sementara cuti sekolah untuk mendapatkan sedikit wang belanja persekolahan. Bila cuti sekolah, dia ikut cikgunya dan bekerja menjaga chalet ni. Memang rajin sungguh dan dari gaya cakapnya memang nampak dia budak yang matang. Macam biasa, bila ada cerita tauladan camtu, adik aku si Kamil terpaksa la menadah telinga dengan segala kata2 nasihat dari mak aku. Berasap je aku tengok adik aku tu. Hehehe!

Just 4 of us.. Abah aku macam biasa bila sampai kat memana mesti beramah tamah dengan orang sekeliling.
Dalam kes ni abah aku sibuk berborak dengan tuan punya chalet.
     

Barisan pokok rhu dan kelapa yang meneduhkan kawasan pantai ni. Hujung sana ada juga chalet lain.
Ada jaring juga jika nak main bola tampar pantai.
Ada chalet disediakan bagi tujuan bersantai-santai. Tapi sila buka kasut dan
kemas semula tempat ni seperti asal bila dah guna.

Mak aku feeling duduk sini. Kalau ikutkan hati, tak nak balik katanya!


Adik aku yang semakin membesar, lebih tegap dari abang-abang dia hasil main ragbi.
 Tahun ni menduduki SPM, diharapkan mendapat kejayaan yang cemerlang.


Korang tengok pantai dia.. Bersihkan? Nak mandi pun tak yah pikir dua tiga kali.
Terjun jer.. cuma hati-hati dengan air pasang, pesan budak penjaga chalet tu.




Kerang- kerangan yang terdampar di sepanjang pantai. 

    Korang boleh cuba tidur semalaman di sini. Pasti hati terlekat terus. Ketenangan chalet ni dengan deruan ombak serta tiupan angin sepoi-sepoi boleh buat korang dilamun cinta pada tempat ni. Oh! Lupa nak cakap kat korang, kalau tidur di sini... Ambil chalet yang ade cermin besar. Mesti puas korang tengok sunrise walaupun dari atas katil je. Cubalah! 

Thursday, January 16, 2014

Negeri Sembilan : Jom Menjejak Asal-Usul Minangkabau !!

    Awal tahun ni sibuk sangat sampai tak sempat nak jenguk blog ni. Blog lama pun sama terabai. Curi-curi masa jugak, tapi kekadang tu tinggal sebagai draft je sebab tak sempat nak upload gambar.

    So sebagai pembuka cerita kali ni, aku hadapkan korang dengan trip pendek aku dan hubby, menjejak sejarah ke Negeri Sembilan. Kenapa Negeri Sembilan? Haa.. sebabnya cuti Tahun Baru ni sehari je. So pergi jelajah negeri yang berdekatan je.

     Kami plan nak melawat dua istana, satu di Kuala Pilah dan satu lagi di Rembau. Meneroka sejarah ni adalah sesuatu yang jarang aku buat sebenarnya sebab aku tak sukakan sejarah. Tapi tahun ni aku nak cabar diri aku untuk buat sesuatu yang di luar kebiasaan. Aku akan cuba pandang dan nilaikan sejarah ni dari sudut pandangan berbeza supaya aku temui sesuatu yang bermanfaat buat diriku. So... inilah trip kami.

1.1.2014 -Aku plan sendiri trip ni masa kat pejabat. Kami memang tak pernah pergi mana-mana tempat di negeri sembilan selain Port Dickson. So GPS adalah sangat membantu trip ni walaupun kadang-kadang signalnya kurang jelas.

       Kami gerak dari rumah jam 8 pagi. Singgah makan kat RnR Dengkil jap sebelum teruskan perjalanan dan tiba di tol senawang jam 10pagi. Dari situ kami menuju ke arah Kuala Pilah untuk ke Istana Seri Menanti. 

    Dalam perjalanan ke Kuala Pilah kami lalu di Hutan Lipur Rekreasi Ulu Bendul. Singgah sekejap je tumpang tandas. Tak de masuk jenguk ke dalam pun sebab nak kejar masa. Aku plan kami akan melawat Istana Seri Menanti dan Istana Replika Diraja Melewar hari tu dan kalau masih ada masa, aku nak singgah tengok orang buat hiasan kaca kat Rembau Glass Craft. Gerak ke depan sikit tak jauh dari tempat rekreasi tu aku nampak signboard jualan daging salai. So aku hint minta hubby slowkan kereta sebab aku nak turun beli apa yang patut.


     Lepas beli sedikit daging salai, kami teruskan perjalanan semula. Jauh juga nak menyampai ke tempat yang dituju tu. Akhirnya sampai juga setelah lebih kurang setengah jam ke 45 minit melalui kampung-kampung. Toleh kanan nampak pintu gerbang ni... 

negeri sembilan
Gerbang megah yang menyambut kedatangan kami ke Istana Seri Menanti
    Teruskan lagi perjalanan ikut arahan GPS sehinggalah sampai ke parking tepi istana. Perkara pertama yang singgah dalam kotak fikiran ketika melihat rekabentuk istana ni adalah kekaguman denga senibinanya. Corak bumbung serta lekok-lekok rumahnya. Apa tunggu lagi, kami mengorak langkah masuk ke dalam istana untuk menghayati sejarah serta mengenali susur galur keturunan raja yang memgang takhta pemerintahan Negeri Sembilan. Keunikan bahasanya juga merupakan salah satu perkara yang unik. Kami tak dibenarkan mengambil gambar semasa berada di dalam istana. Adalah sebab musababnya tu kenapa adanya pantang sebegitu. Jadi kami turutkan tanpa bantahan sebagai menghormati mereka. So, memang korang kena pergi sendiri la kalau nak merasa dan melihat apa yang ada di istana ni. Kami ambil gambar luar istana je. Memang besar sungguh istana ni, banyak bilik dan kelok-keloknya.

"Binaan istana ini mengikut ciri-ciri binaan Minangkabau. Istana ini diperbuat daripada kayu sepenuhnya dan tidak menggunakan sebarang paku. Tingkat pertama mempunyai 4 bilik dan beranda sepanjang 160 kaki. Manakala tingkat kedua mengadungi 3 bilik yang didiami oleh kerabat Yang DiPertuan. Tingkat ketiga dan keempat mempunyai 1 bilik. Bilik Yang Dipertuan Besar terletak di tingkat ketiga manakala tingkat keempat menyimpan khazanah raja. Istana ini juga mempunyai 99 tiang setinggi 19.9 kaki dengan 4 tiang tengahnya setinggi 170 kaki " -petikan dari blog ekstasi.
Gambar istana dari sisi saja yang sempat aku snap. Ni pun masa mula-mula
menapak dari parking lot. Cuaca sangat panas dan tak kuasa nak berjemur menambahkan kehitaman kulit.

Tempat raja beristirehat kalau tak silap. 

Ini pula replika batu  bertikam dan batu kasur. Batu kasur ini adalah tempat
di mana anak raja diuji sebelum ditabalkan menjadi raja. 
    Gambar tak banyak sangat memandangkan hari sangat panas dan larangan mengambil gambar di dalam istana. Jika korang nak dapatkan gambar-gamabr dalam istana boleh jer beli kat kedai cenderahati kat bawah istana ni. Tapi harganya faham-faham je lah... 

* Mungkin kisah yang dimomokan oleh penjaga istana tentang 'sesuatu' yang ikut kita pulang jika mengambil gambar di situ ada betulnya dan pernah terjadi. Tapi mungkin juga ianya sebagai taktik jualan di kedai cenderahati... 

Friday, January 3, 2014

Tahun Melawat Malaysia 2014

   Tahun 2014 ni aku berazam nak menilik dan mengobek segala ceruk Malaysia yang tak pernah aku selidiki lagi. Hopefully dapatlah lengkapkan peta Malaysia. Tak dapat semua, separuh pun jadilah.

Tahun Melawat Malaysia 2014... Ke manakah kakiku akan melangkah?

    Semalam sempena cuti Tahun Baru, aku dan hubby telah meneroka Negeri Sembilan sebagai permulaan dan pembukaan bagi tahun 2014 ni. Nanti aku ceritakan pada entri akan datang. Kena tengok masa dulu, sekarang busy sangat.

   Hari ni aku nak kongsikan info tentang Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 4hb Januari ni jam 5 petang sehingga 11 malam. So jom ramai-ramai kita ke sana.

Thursday, January 2, 2014

Malam Terakhir Yang ...

     

    Lama tak update blog, hari ni sambung citer pasal malam terakhir kami kat RPP Tasik Kenyir. Malam terakhir tu kami tak de la nak bbq bagai macam family2 lain tu. Dah datang berlima je, kalau bbq pun macam sendu jer.. So masak2 biasa je dan makan satu family. Lepas makan masing-masing lepak depan tv layan citer ape tah, tak ingat dah. Aku dah sound awal-awal tentang plan esok. Aku plan nak keluar awal sikit, so nanti boleh la jalan-jalan kat bandar Terengganu. Mak aku teringin nak meronda dalam Pasar Payang. So, sebelum tidur kemas barang-barang apa yang patut. Jangan esok ada yang tertinggal. Adik aku biasa la, budak lelaki. Kalau tak cakap memang ade jer barang yang tinggal.

   Dalam jam 10 lebih macam tu mata aku ni ngantuk la sangat. Citer kat tv tu pon aku dah tak tahu hujung pangkal. So, aku minta diri masuk bilik untuk tidur dulu. Hubby dengan yang lain masih duduk depan tv lagi. Tak silap aku mak aku pun join tidur kat bilik dia lepas je aku masuk bilik. Aku tetibe je rasa seram nak masuk bilik malam tuh, tapi sebab penat kayak petang tadi aku bo layan semua tu. Janji mata aku tutup, aku lena sudah.

   Esoknya masa dalam kereta nak gerak ke Pasar Payang. disebabkan teramat bosan dengan permandangan hutan je aku pun buka la citer yang aku rasa seram semalam. Rupanya mak aku yang kat bilik satu lagi pun rasa benda yang sama. Mak aku plak kata dia ingat mungkin sebab dia duk sorang bilik tu. Abah aku tak masuk lagi sebab tu rasa sunyi jer. Bilik pulak besar dengan siling jenis tinggi melangit gitu. So dia tak layan jugak, pejam mata tidur terus. Lepas mak aku citer, hubby aku plak citer benda yang sama. Dia pun kata ada rasa seram sikit masa nak tidur. Mula-mula macam biasa la, masuk bilik tutup lampu sebab nak tidur dah. Rasa seram, dia bukak balik. Tapi tak boleh tidur pulak sebab lampu terang. Akhirnya tutup lampu tapi bukak sikit pintu tu. Masa tu adik dengan abah aku masih lagi mengadap tv. Tengok wrestling kalau tak silap. So riuh la sikit suara diorang, tapi kurang-kurang tak la sunyi sangat. Akhirnya terlena jugak dia dengan aman sampai pagi esok. Nasib baik la tak jadi benda bukan-bukan, lagipun bukan kami duduk situ galak sangat. Lainlah kalau gelak sampai tak ingat dunia,kan?

Abis dah citer pasal Kenyir...