Followers

Tuesday, February 25, 2014

Tahun Melawat Malaysia 2014- Penang Trip: Mana nak stay?

        Lamanya tergendala nak menulis di blog ni. Maafkanlah diri ini yang tersangatlah sibuk dengan tugasan yang tak putus-putus. Cuti sekolah bulan Mac ni dah nak bermula. Entry tentang cuti Tahun Baru Cina pun tak habis tulis lagi. Kalah menteri,kan?

      Mana nak mula dulu ye? Aku ni inilah masalahnya, banyak benda yang lupa kalau tak dicatat di mana- mana. Ok. Aku mula di penginapan dulu ye. Kami stay di bandar Georgetown di Hotel Grand Inn. Hotel ni bersih dan berada di tengah2 pusat bandar. Lokasi memang strategik untuk misi- misi mencari makan atau cenderamata sebab letaknya di Jalan Penang dan berdekatan dengan Nasi Kandar Line Clear serta Pasar Chowrasta. 

       Jika korang berhajat nak ke satu-satu kawasan dengan bas pun senang sebab memang bas lalu depan hotel jer. Pendek kata hotel ni memang berada di tengah-tengah dan di laluan utama pengangkutan awam. Cumanya jika datang ke sini dengan kenderaan sendiri, korang kena sediakan bajet untuk parking lebih sikit. Hotel ni cuma sediakan 10 lot parking sahaja. Itu pun base on first come, first serve. Parking rate kat sana mahal laa... RM4 sejam dan ada sesetengah tempat tiada had maksimum. So kalau semalaman tu faham-faham saja la harganya kan... Kalau nak jimat park kat petak parking majlis perbandaran. Boleh beli kupon majlis yang harganya kurang dari seringgit sejam. Di sana tak boleh main-main dengan saman parking kerana dengarnya saman di sana berharga RM300. Tak pastilah pulak benar atau tidak info ni. Orang-orang pulau sila betulkan jika info saya ni salah, ye. 

      Hotel ni baru lagi dan ianya dalam kategori hotel bajet. Sesuai sangat la kalau backpackers atau pasangan tinggal semalam dua. Lagipun nak tidur saja, tak perlu hotel mahal-mahal sangat. Lainlah kalau datang untuk honeymoon, mestilah kena pilih hotel yang ada fasilities dan pakej untuk honeymoon. Bagi kami... janji tak tidur bawah jambatan dah kira bersyukur sangat.




    Layanan staff di sini ok. Kalau tak ramai orang, korang boleh dapat layanan yang bagus. Tapi kalau ramai sendiri faham lJ. Biasa la tu...kan? Kat tepi lobi hotel ni ada jugak cafe kalau-kalau lapar dan tak mahu jalan jauh, tapi status halalnya diragui. Makanan ada di mana- mana, memang tak perlu risau sebab kat Pulau Pinang ni memang syurga makanan. Mana-mana ada orang berniaga makanan. Janji halal jer memang kami akan cuba. So siapa-siapa yang berhajat nak ke Pulau Pinang tapi tak tahu nak stay mana, boleh la cuba hotel ni.